Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.
"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang. Laporan polis juga dibuat ke atas wartawan akhbar
Malay Mail, Marhalim Abas berhubung perkara yang sama.
Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.
“Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.

"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.

Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.
Kenyataan palsu

"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.
Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lalu melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di dalam parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah," katanya

0 Komen pengunjong :