Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Soi Lek Hina Islam, Mana Suara Ulama Umno?

PAS meminta golongan ulama Umno tidak hanya berpeluk tubuh sebaliknya bangkit mempertahankan kesucian Islam yang diperlekeh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seorang pemimpin yang sama-sama bergandingan dalam Barisan Nasional.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamalludin juga kesal  kerana kenyataan melulu itu datangnya dari seorang pemimpin yang terbukti tidak bermoral.

Bagi Nizar, pimpinan Umno yang selama ini mengaku berkobar-kobar membela bangsa Melayu dan agama Islam sewajarnya  membidas kenyataan Dr Chua  tetapi sebaliknya pimpinan Umno dilihat hanya  berpeluk tubuh.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, sama ada sikap diam diri Umno itu mungkin ada kaitan dengan usaha meraih sokongan pengundi Cina.

Lantas, Umno membiarkan sahaja Presiden MCA itu bercakap apa sahaja demi memastikan undi cina dikembalikan semula.

"Kalau Umno itu sendiri mahu mempertahankan Islam, maka sewajarnya mereka akan mempersoalkan. Mereka akan bertanyakan kepada Chua Soi Lek dan apabila Umno diam ketika Chua Soi Lek mengherdik Islam secara tak langsung menghentam PAS maknanya Umno juga terkena.

"Maka, saya minta ulama dalam Umno membuat kenyataan Chua ini tidak bermaruah, menghina Islam. Kenyataan Chua itu tidak ada hak mempersoalkan kewujudan PAS kerana PAS dibina atas prinsip Islam," katanya.

Nizar juga menganggap tindakan  Dr Chua Soi Lek melabel negara Islam sebagai tidak progresif dan korup disifatkan sebagai keterlaluan.

Malah, beliau berkata seseorang yang tidak bermoral dan tidak bermaruah tidak layak untuk mengkritik kepimpinan dan prinsip PAS.

"Dia (Chua) tiada hak moral untuk mengkritik PAS kerana PAS diwujudkan atas dasar Al-Quran dan Sunnah. Maka itulah yang membendung, memelihara dan juga menjadi garis panduan kepada gerakan PAS.

"Siapakah dia yang tiada moral yang MCA sendiri menolak dia untuk mengkritik prinsip-prinsip PAS. Dia tiada hak dan untuk itu saya mengatakan bahawa ini satu penghinaan bukan sahaja kepada PAS malah kepada Islam itu sendiri," katanya.

Nizar berkata demikian ketika ditemui selapas majlis Hi-Tea dan Pelancaran Tabung Ehsan Ummah Selangor di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Dr Chua sebelum ini dikatakan memberi tanggapan negatif, kononnya negara-negara Islam tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang.

0 Komen pengunjong :