Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Skandal RM8 Bilion MAS: SPRM Main Tarik Tali Dengan PDRM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub melahirkan rasa kecewa dengan sikap lepas tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerugian RM8 bilion yang dialami oleh syarikat Sistem Penerbangan Malaysia, MAS semasa di bawah pengurusan bekas Pengerusinya, Tan Sri Tajuddin Ramli.
Malah SPRM memberikan alasan mudah kegagalan agensi menyiasat skandal MAS disebabkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia (JSJK-PDRM) telah pun memulakan siasatannya.
"Saya amat kecewa apabila SPRM menyatakan mereka tidak boleh berbuat apa-apa dalam menyiasat isu ketirisan RM8 bilion yang dialami MAS.
"Jika keadaan memaksa, saya tidak akan teragak-agak untuk menulis surat kepada Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan pihak lain mendesak untuk mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini," kata Salahuddin.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat yang dihadiri peguam Zulqarnain Lukman serta wakil SPRM yang terdiri daripada Pengarah Siasatan, Mustafar Ali, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya dan dua pegawai di bangunan Parlimen.
Salahuddin berkata SPRM dijangka mengadakan sidang media hari ini bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh beliau dan sekiranya agensi itu tidak mahu mengambil apa-apa tindakan selanjutnya akan diambil.
Sebelum itu, Salahuddin bersama Zulqarnain yang juga Pengarah Jabatan Hal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham-PAS), menyerahkan laporan berkenaan dakwaan penyelewengan di dalam MAS kepada SPRM.
Cadangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Datuk Ramli Yusuf kepada Perdana Menteri ketikaitu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mendakwa Tajuddin serta beberapa sekutunya telah tidak ambil peduli oleh Peguam Negara.
"Saya  tidak faham kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana isu subsidi yang hanya RM4 bilion telah digembar-gemburkan sebegitu sekali hinggakan terpaksa mengambil tindakan menaikkan harga minyak.
"Kenapa apabila melibatkan RM8 bilion wang MAS, tiada yang ambil peduli?" tanya beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata tindakan SPRM dan Peguam Negara amat diragui, seolah-olah cuba melindungi pesalah yang menyebabkan ketirisan besar ini.
Tambah beliau, tindakan SPRM menyerahkan aduan MAS yang tidak berpuashati SPRM terhadap JSJK-PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Tajuddin yang menyatakan syarikat itu merasa terdapat salah laku rasuah atau penyalahgunaan kuasa sehingga kes terhadap bekas Pengerusi MAS itu tidak diambil tindakan sewajarnya hanya membuktikan SPRM tidak lagi boleh dipercayai kerana memberikan laporan kepada salah seorang pihak yang diadukan di dalam laporan itu.
Sehubungan itu, Salahuddin mendesak kerajaan mengambil empat tindakan segera termasuk siasatan SPRM terhadap Tajuddin dan sekutunya.
SPRM juga didesak menyiasat aduan MAS terhadap Peguam Negara, JSJK-PDRM.
Salahuddin seterusnya mahu SPRM menyiasat kecurangan agensi itu membocorkan aduan MAS serta menyiasat dalang yang melindungi Tajuddin dan sekutunya.

0 Komen pengunjong :