Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Skandal PKFZ: Dakwa semua yang terlibat, William Leong

Banyak laporan yang dikeluarkan oleh pelbagai badan bertindak dan jawatankuasa  yang ditubuhkan sejak beberapa tahun ini yang menghebahkan bahawa selain daripada Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar, OC Phang terdapat ramai lagi tokoh terkenal yang terlibat.

Semua pihak yang terlibat tidak kira jawatan dan kedudukan perlu didakwa dan dibicara atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam menyalahgunakan jawatan dan kedudukan yang diamanahkan kepada mereka atau dalam menipu Kerajaan.  Pihak yang membantu atau menerima manfaat daripada jenayah-jenayah ini juga harus didakwa, dibicara dan dihukum atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Polis, MACC dan Peguam Negara tidak harus berlengah-lengah lagi dalam mendakwa semua pihak-pihak yang terlibat.  Kegagalan untuk melakukan hal sedemikian akan menimbulkan isu bahawa pihak-pihak berkuasa mengamalkan pilihan pendakwaan tertentu.

Satu perbicaraan yang adil harus diadakan supaya keadilan dapat ditegakkan.  Ling Liong Sik, OC Phang dan mereka yang telah didakwa dan yang akan didakwa adalah berhak dibicarakan secara adil diberikan peluang untuk membela mereka.  Perbicaraan yang adil juga bermakna pendakwaan mesti dilakukan secara profesional dan cermat ke atas kes tersebut.  Ada terlalu banyak kes yang melibatkan pihak berprofil tinggi yang telah terlepas daripada hukuman kerana sebab-sebab teknikal atau bukti yang tidak cukup.
Pihak polis dan Peguam Negara telah mengambil masa lebih tiga tahun untuk membuat pendakwaan terhadap mantan Menteri Pengangkutan dan mantan Presiden MCA atas tuduhan menipu Kerajaan supaya membeli tanah-tanah PKFZ dengan nilai lebih daripada harga patutan.  Akhbar The Sun telah mendedahkan skandal tersebut pada Ogos 2007 dan hanya pada tarikh 29 Julai 2010 mantan menteri tersebut didakwa.
Alasan yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa dalam menunda pendakwaan tersebut adalah tidak meyakinkan.  Penangguhan telah menimbulkan kecurigaan rakyat, iaitu samada kerajaan betul-betul mempunyai keazaman politik (political will) untuk mengatasi rasuah terutama oleh pihak pemegang-pemegang jawatan tinggi yang berkuasa dan berpengaruh atau ia sekadar gimik sahaja (The delay has given rise to suspicions by the people as to the political will of the Government to tackle corruption especially by those holding high positions of power and influence.)
Demi membina semula keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi Kerajaan, semua pihak yang terlibat dalam skandal PFKZ mesti didakwa tanpa penangguhan dan pihak pendakwaan mesti mengadakan satu perbicaraan secara profesional dan cermat.  Saya menyeru kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang perlu untuk membawa penutupan yang tepat/betul dalam skandal PKFZ yang mungkin akan menyebabkan para pembayar cukai Malaysia membayar RM12.5 bilion.

*Kenyataan media oleh William Leong Jee Keen selaku ahli parlimen Selayang, merangkap Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat.

0 Komen pengunjong :