Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sepanduk Chua-Sultan Johor: PAS dan AMK lapor polis

images
PETALING JAYA: PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis supaya mendakwa segera pihak yang terbabit dengan sepanduk yang memaparkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bersama Sultan Johor di satu majlis ceramah politik di Batu Pahat, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Chua menafikan PKR terbabit dengan sepanduk tersebut.
Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, "PAS dan AMK membuat laporan di semua sembilan ibu pejabat polis (IPD) di negeri itu.
"Kerana polis kata sudah mengambil keterangan dari pihak yang terbabit jadi kita mahu polis tidak mengambil masa yang lama menghadap mereka ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
"Kita juga mahu pihak polis menyiasat terhadap syarikat pencetak untuk mengetahui syarikat yang mencetak kain rentang tersebut. Untuk menyiasat syarikat tidaklah sukar sangat kerana pihak polis tentu mempunyai senarai nama pencetak di Johor," katanya.
Menurut Mazlan, isu itu menjadi panas di Johor dan menjadi perbualan di kalangan penduduk.
Katanya, beliau tidak nampak perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh PKR sendiri.
"Saya yakin ia adalah angkara ejen Umno yang bertujuan untuk merenggangkan hubungan PAS dan PKR dengan pihak istana.
"Sekalipun, ia dilakukan oleh orang PKR sendiri, mereka juga perlu dhadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Ketua polis Johor, Datuk Mohd Moktar Shariff berkata, polis sudah merekodkan keterangan daripada 39 individu termasuk ahli politik bagi membantu siasatan berhubung tindakan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.
Beliau berkata siasatan mengenai perkara itu dibuat mengikut Akta Hasutan.

0 Komen pengunjong :