Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saya akan saman - Zakaria

PULAU PINANG, 25 Ogos : Ustaz Zakaria Ahmad (gambar) akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu bacaan doa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat untuk memfitnah beliau.
“Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu ini untuk memfitnah saya. Tindakan menyaman mereka yang terbabit sedang dalam proses oleh pihak peguam yang telah saya lantik bagi memfailkan kes ini.
“Ini melibatkan maruah saya. Mana boleh mereka sesuka hati melemparkan fitnah sedemikian,” tegasnya kepada Harakahdaily selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), semalam.
Katanya,  apa yang amat dikesalkan ialah isu itu dipolitikkan oleh sesetengah ahli politik untuk jadikan modal politik.

“Diperbesarkan isu sekecil ini semata-mata untuk menyalahkan pihak lain. Ia kini sudah jadi satu isu yang serius. Saya tak boleh biarkan perkara ini disalah tafsirkan,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Maipp, Mohd Saleh Man menjelaskan tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa sahaja yang mendoakan kepada orang bukan Islam untuk diberikan hidayah kepada mereka sama ada dalam khutbah atau pun di luar khutbah.
Menurut nya, dalam isu yang melibatkan Zakaria selaku pendakwah bebas yang didakwa membacakan doa khutbah Jumaat menyebut nama ketua menteri tidak harus dijadikan isu politik oleh mereka yang faham akan sejarah penyebaran agama Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.
"Pada zaman penyebaran Islam oleh Rasulullah s.a.w. baginda pernah mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah untuk memeluk Islam. Oleh kerana itu isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia mencemarkan imej baik Islam pada kaca mata masyarakat lain.
"Doa untuk orang bukan Islam itu dibolehkan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah,bukannya mendoakan kesejahteraan mereka. Manakala Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri kita hormati selaku ketua agama Islam di dalam negara dan juga negeri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Beliau berkata, isu itu tidak harus diperbesarkan lagi setelah Zakaria membuat pengakuan dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri, semalam.

-Harakahdaily

0 Komen pengunjong :