Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

"Saya belum pasti bertanding" – Taib

TAIB MAHMUD KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud belum pasti bertanding bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri ke 10 akan datang.
Ketua Menteri berusia 74 tahun yang paling lama berkhidmat itu, selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan sendiri tentang perkara ini kerana beliau perlu berbincang dan mendapat kelulusan daripada pihak-pihak lain.

"Saya tidak tahu…….terpulang kepada parti dan perdana menteri," kata beliau kepada para pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir di sini semalam.
Para pelajar itu ialah Mohammad Zubair Mustafa, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, Faliq Asraf Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tunaz di Kuching dan Nadira Hamapie dari SMKA Miri.
Taib, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya sebelum berpindah ke kerusi Balingan pada 2001 berkata beliau bersedia untuk meletak jawatan jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.
"Ramai orang menyatakan saya tidak diperlukan.  Jika saya tidak diperlukan, saya akan pergi," katanya.
Taib, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, beliau ingin bersara dari politik pada 2006 tapi ramai dalam parti yang menolak cadangan itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.
Mengenai bila beliau akan memanggil pilihan raya negeri beliau berkata, perkara ini belum diputuskan lagi.
Tentang sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN beliau berkata, trend ini membingungkan beliau sehingga ke hari ini.
"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya ingin tahu," katanya, menambah kerajaan negeri dengan jujur ingin memenangi kembali hati para pengundi Cina tapi ia gagal berbuat demikian sehingga ke hari ini.
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 dari 71 kerusi negeri, diikuti oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan
Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan sembilan dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan, serta bakinya dimenangi oleh parti pembangkang.

0 Komen pengunjong :