Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis yakin tiada pihak ketiga dalam kes bekas ADUN Permatang

Polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) kawasan Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata siasatan pihaknya hanya menjurus kepada mengetahui motif sebenar tembakan dilepaskan (terhadap mangsa).
“Berdasarkan siasatan awal, tidak ada suspek yang kita nak cari dan kita nafikan ada pihak ketiga berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku.
“Kita sedang dalam proses merakam percakapan saksi dan mengenai ahli keluarga pula kita akan tunggu mereka bertenang dulu sebelum rakaman percakapan mereka diambil,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Sepaktakraw Piala Ketua Polis Selangor 2010 di sini hari ini.
Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.
Ditanya mengenai desas desus yang menyatakan bahawa kedua-dua mangsa mempunyai ikatan perkahwinan, Khalid berkata: “Saya tidak mahu komen apa-apa tentang itu, biar kita siasat dulu.
“Kita kena hormati ahli keluarga dan jangan buat apa-apa spekulasi. Perkara yang mungkin membabitkan peribadi kita tidak akan sentuh,” katanya.
Beliau berkata kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengadakan perbincangan dengan pihak Peguam Negara.

- Bernama

0 Komen pengunjong :