Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis jaga keselamatan negara bukan keselamatan Umno

idris_ahmad KUALA LUMPUR: PAS membantah sikap primitif dan tidak bertamaddun polis  yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.
Antaranya  tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit  Batu Pahat, Sabtu lalu.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, polis telah bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.
"Sekurang-kurang-kurangnya 9 ditangkap terdiri dari 7 lelaki dan 2 wanita. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

"Di  Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak,  semalam, 30 orang termasuk 10 anggota unit amal PAS  telah ditahan polis.
"Semalam himpunan di. upacara menyalakan lilin anti ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan lapan perempuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Idris, PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi.
Beliau berkata, pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar.
"Adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.
"PAS mengharapkan polis perlu menjaga keselamatan negara,  bukan keselamatan Umno. Bertindaklah secara professional, beri keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan Umno BN," katanya.
PAS, kata Idris yakin tindakan ini sebagai satu usaha, kerana Umno sudah berada penghujung hayat, kerana apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya.
Maka, katanya,  satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis menganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.
"PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno/BN,  dan yang paling kita bimbang moral dan emej polis akan tercalar di mata rakyat.
"Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, kesemuanya mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan," tambahnya.

0 Komen pengunjong :