Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kekerasan FRU, Chua Anggap Langkaui Polis Zaman British

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Chua Jui Ming menyifatkan tindakan Polis menyerbu ceramah  Pakatan Rakyat di Rengit, Batu Pahat mengesahkan betapa  negara ini sudah menjadi negara polis.

Ia berikutan sekurang-kurangnya 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas ceramah dan menghalau ribuan rakyat daripada mendengar ceramah itu.

Serbuan pula dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Chua Jui Meng kecewa dengan tindakan zalim pimpinan UMNO-BN yang memperalat politik demi menafikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Beliau menganggap perkembangan ini membuktikan UMNO di Johor semakin kalut dan panik dengan kemaraan deras Pakatan Rakyat di Johor.

Katanya, tindakan polis pula melampaui batas dan melangkaui gelagat penjajah Britih pada masa lalu.

“Saya kesal sama sekali. Negeri ini dulu ada demokrasi di Johor. Pada zaman penjajah British, (Datuk) Onn Jaafar mengumpulkan orang-orang Melayu di Johor di Batu Pahat pada 1946. Polis di bawah penjajah British tidak menghalang, tidak memerintah mereka bersurai, tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka.

"Akan tetapi, bawah UMNO sekarang yang korup dan angkuh, mereka tidak benarkan walhal Brirish sebagai penjajah memberikan laluan kepada orang Melayu berhimpun di Batu Pahat.

"Kali ini, di Batu Pahat juga kumpul beribu-ribu orang tidak dibenarkan dan diancam dengan FRU yang begitu ramai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menganggap kekerasan polis, ditambah pula cengkaman terhadap institusi mahkamah menyukarkan mereka mengambil tindakan balas tetapi pimpinan parti tidak patah semangat dalam membela rakyat.

“Panel peguam kita akan ambil tindakan mahkamah, mengapa di markas PAS juga  perhimpunan aman dilarang sama sekali? Malah diancam dengan kekerasan FRU. Kita akan bawa perkara ini ke muka keadilan.

"Kita tahu mungkin susah tetapi kita mahu tunjuk kepada rakyat, ini bukan negara demokrasi lagi. Tidak ada kedaulatan undang-undang, polis tidak dibenarkan bertugas secara profesional, secara berkecuali dalam hal politik,” katanya.

Sungguhpun begitu, Chua Jui Ming percaya kekerasan polis hanya membakar semangat untuk menumbangkan UMNO pada pilihan raya umum akan datang, sekalipun parti pemerintah itu masih taksub dengan mitos bahwa Johor adalah kubu kuat yang tidak mungkin tumbang.

"Bagi Pakatan Rakyat dan PKR di Johor, ini akan menambahkan keinginan kita untuk menjatuhkan kerajaan yang sudah terdesak ini di Johor,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :