Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Inkues Teoh: Gobind bidas Peguam Negara sembunyikan bukti


SHAH ALAM, 9 Ogos — Peguam Gobind Singh Deo menuduh Jabatan Peguam Negara menyembunyikan bukti yang dipercayai boleh menjejaskan perjalanan inkues Teoh Beng Hock yang bermula tahun lalu. Terdahulu peguam keluarga Teoh menemui dengan koroner Azmil Munthapa Abas di kamarnya sebelum keluar dengan perasaan tidak memuaskan dan marah.
“Kami tidak mahu menerima keadaan ini tanpa memberi reaksi,” kata Gobind kepada pemberita.
Gobind membidas tindak laku Peguam Negara sambil mengingatkan bahawa kes itu menarik perhatian antarabangsa.
“Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata bukti itu wujud sejak Oktober lalu, tiga bulan selepas pembantu politik pemimpin DAP itu ditemui mati.
“Malah mereka ada bukti itu sebelum bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat Teoh tetapi mereka tidak memberitahu kami,” katanya.
Prosiding inkues Teoh Beng Hock ditangguh kepada 18 Ogos.
Gobind memberitahu koroner membuat keputusan itu selepas pihak yang membantu koroner itu dalam inkues memberitahu bukti baru akan dikemukakan.
Azmil membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Gobind, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Pada tarikh itu juga, pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand akan memberi keterangan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan wujudnya bukti baru menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.
“Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas,” katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.
Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi.
Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.
Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan.
Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.
Laporan Bernama menyebut, Gobind akan memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.
Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap.
Katanya, keadaan ini akan memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat dan timbul persoalan di pihaknya kenapa bukti tersebut tidak diserahkan lebih awal.
Ramai saksi termasuk pegawai SPRM, pakar patologi dan rakan Teoh telah dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang bermula sejak 29 Julai tahun lepas.
Hari ini sepatutnya pegawai penyiasat memberi keterangan manakala pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand pula dijangka memberi keterangan berhubung laporan bedah siasat kedua pada 18 Ogos ini.

0 Komen pengunjong :