Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Amalkan Sistem Tender Terbuka

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat supaya menghentikan amalan mengeluarkan surat sokongan bagi tujuan menjamin pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat tertentu.
Anwar berkata pemerolehan kontrak perlu dianugerahkan melalui proses biasa iaitu sistem tender secara terbuka tanpa sebarang campurtangan ahli parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri.
“Kerajaan negeri mesti singkirkan surat sokongan yang melibatkan tender, (dengan niat) menjamin ia untuk syarikat.
"Adalah tidak perlu untuk surat-surat sokongan digunakan bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk syarikat-syarikat. Ia mesti melalui amalan biasa, proses tender terbuka,” kata beliau dalam laporan themalaysianinsider.com
Desakan yang sama disuarakan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan memansuhkan penggunaan surat sokongan dan menggantikannya dengan sistem tender terbuka seperti mana yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bagaimanapun Anwar berkata tidak semua surat sokongan perlu dimansuhkan kerana ia dapat membantu melicinkan proses pentadbiran kerajaan seperti permohonan biasiswa dan dalam kes melibatkan kepentingan rakyat terbanyak.
“Ia bergantung kepada keadaan, anda tidak boleh hanya menghapuskan surat sokongan. Jika anda mengatakan memansuhkan surat sokongan yang boleh mempengaruhi proses tender penganugerahan kontrak-kontrak kerajaan untuk syarikat-syarikat, ia baik.
“Tetapi kadang kala terdapat orang ramai yang memerlukan bantuan untuk memperolehi biasiswa, atau mungkin memperbetulkan sebatang paip salur yang pecah.
“Sebagai wakil rakyat yang dipilih dan ahli parlimen, kita mempunyai satu tanggungjawab untuk membantu rakyat. Kita perlu membantu rakyat selagi boleh, kadang-kadang saya mendapat beratus-ratus surat di pejabat saya, surat sokongan boleh memudahkan proses membantu penduduk di kawasan kita,” ujar Anwar.

0 Komen pengunjong :