Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Aktivis ditahan menjelang perhimpunan PROTES

Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai.

Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan.

"Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter.

Menurut saksi kejadian, ketiga-tiga mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka.

Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baharu.

Pada malam ini, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) dijadual membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, selepas dilancarkan pada 28 Julai lalu.

Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.

0 Komen pengunjong :