SHAH ALAM, 11 Ogos: Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin bebas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman itu dan digantikan dengan denda RM1,000.
Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata, denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.
Bagaimanapun jika gagal membayar denda itu, Bung Mokhtar boleh dipenjara selama enam bulan.
"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya. Ini adalah hadiah Ramadhan untuk saya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media yang bersama saya dan memberikan liputan,” katanya.
Zizie Izette pula berkata beliau bersyukur kerana kemelut itu sudah berakhir.
Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.
Beliau membayar denda itu.
Sebelum ini, pelbagai pihak mahu beliau dikenakan denda maksima sebagai pengajaran kerana sebagai penggubal undang-undang, Bung Mokhtar tidak wajar sama sekali untuk melanggar undang-undang.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
0 Komen pengunjong :