Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Putar Belit Isu Pasir, Jahil Undang-undang

SHAH ALAM 21 Julai - Kerajaan Negeri Selangor menyesali tindakan Kerajaan Persekutuan kerana mengambil sikap 'cuci tangan' dalam menangani jenayah curi pasir di negeri itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terus memutar belit serta memberikan kenyataan salah berkaitan aktiviti perlombongan dan kecurian pasir.
"Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana meminta Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam membantu Selangor membanteras pencurian pasir adalah gambaran sebenar perilaku pemimpin Umno-BN.
"Kita maklum sememangnya budaya politik Umno sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang.
"Namun kenyataan ADUN Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini.
"Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan Kerajaan Persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri," kata Faekah.
Tambah beliau, perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan tanggungjawab ke atas kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri.
"Kita juga kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang cuba cuci tangan dalam isu jenayah curi pasir kerana ini jelas bertentangan dengan konsep federalisme.
"Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan kerajaan negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)."
Faekah berkata, kerajaan negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar.
Menurut beliau, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor, hasil pengeluaran pasir tersebut meningkat berkali ganda sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini berbanding kerajaan terdahulu yang hanya mencatatkan keuntungan hanya RM4.29 juta pada 2007.
Beliau berkata, keuntungan tersebut dimanfaatkan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan merangkumi Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Anak Pekerja Ladang.
"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun.
"Kami juga yakin rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan negeri ini kerana ia lebih baik berbanding BN dan kerana Umno cuba memutar belitkan isu pasir ini bagi memperbodohkan rakyat," katanya.

Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :