Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

SHAH ALAM 28 Julai - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.
Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah.
Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.
"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.
"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.
Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.
"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.
"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.
Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.
Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah.

0 Komen pengunjong :