Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat. "Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.
"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.
"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.
Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.
Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.
Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

- Harakahdaily

0 Komen pengunjong :