Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Selamatkan Malaysia' Anjuran Umno Bakal Tonjolkan Ramai Badut

PORT DICKSON 28 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menyokong program 'Selamatkan Selangor' kerana ia adalah peluang terbaik mendedahkan badut serta pelawak daripada Umno-Barisan Nasional dan membuktikan bahawa pembaharuan yang di bawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat sememangnya memberi faedah kepada rakyat.
Kata beliau program anjuran Umno-BN Selangor itu hanya satu gimik kerana sebenarnya yang ingin diselamatkan ialah Umno atas kegagalan parti itu mentadbir negeri itu secara telus dan adil sejak 50 tahun lalu.
"Kita gembira untuk Umno-BN kerana menganjurkan program jelajah ini kerana program ini akan menonjolkan lebih banyak lagi badut-badut politik dan kita akan seronok dan berpeluang menonton badut-badu' ini beraksi.
"Rakyat kini sedar dan dapat membandingkan kerajaan dahulu dan sekarang, mereka tahu siapa yang benar berkhidmat untuk rakyat dan sebaliknya," komen beliau kepada Suara Keadilan ktika ditemui di program Pemukiman KEADILAN di Port Dickson Ahad lalu.
Abdul Khalid turut berkata pertarungan antara pemimpin Umno-BN di Selangor jelas menunjukkan  perpecahan di kalangan mereka.
"Senario ini menunjukkan satu bentuk perlumbaan untuk mengisi pucuk kepimpinan Umno-BN Selangor kerana kini parti itu dikemudi Perdana Menteri dan Timbalannya.
"Ada pecahan di dalam Umno-BN Selangor, ada kumpulan yang merasakan Datuk Seri Dr Khir Toyo patut menjadi juru kemudinya, ada yang mengatakan Datuk Seri Nor Omar patut mengemudinya. Kini, Ezam Mohd Nor pula tampil mengatakan dia juga patut diberi peluang yang sama mengemudi Selangor.
"Tujuan mereka ini amat jelas, bukannya 'Selamatkan Selangor' tapi sebenarnya 'Selamatkan Umno'," kata beliau lagi.
Tambah Menteri Besar lagi, tindakan Umno-BN Selangor mengadakan program tersebut membuktikan ia terdesak dan terpaksa memperakui usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sehingga kini telah membuahkan hasil seperti yang dirancang.
"Ini kerana kalau kita tidak berjaya berkhidmat kepada rakyat dengan baik sudah tentunya Umno-BN Selangor akan berdiam diri sahaja. Tetapi kita berjaya dan kejayaan ini telah membuatkan mereka marah dan tidak senang duduk," kata Abdul Khalid.
Berkenaan isu pasir, beliau menjelaskan satu ketika dahulu hampir kesemua lombong pasir, samada berpermit mahupun haram dipunyai oleh kroni Umno-BN.
Setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengambil-alih Selangor sejak 2008, hanya kroni Umno-BN yang mampu mengelakkan daripada ditangkap meneruskan operasi lombong haram.
"Dulu semasa kerajaan negeri Umno-BN, mereka tidak berbuat apapun membangunkan sektor perlombongan pasir, tida ada apa-apa diskusi mengenainya.
"Sekarang, mereka tak habis-habis mengkritik kita, tindakan mereka itu bukannya membuat kita hentikan usaha malah kita akan tingkatkan lagi usaha untuk berkhidmat dengan lebih efektif.
"Sekarang dia marahkan kita kerana wang saku kroni sudah berkurangan kerana tak dapat meneruskan perlombongan haram. Adakah patut kita membiarkan begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa?" tegas beliau lagi.

1 comment :

  1. Salam perjuangan.

    Biarlah umno buat program "selamatkan Selangor".lEPAS NI KITA TENGOK SIAPA DIA BADUT-BADUT SARKAS yang begitu 'IKHLAS" NAK SELAMATKAN SELANGOR.

    ReplyDelete