Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

P'raya: Kemenangan BN di tangan pengundi remaja

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta Umno dan parti komponen BN memperhebatkan gerakan mendaftar pemilih baru di kalangan generasi muda yangmasih ramai belum berbuat demikian.

Beliau turut meluah kebimbangan bahawa kelewatan BN bertindak akan memberi peluang pembangkang memonopoli remaja cukup umur yang menjadi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan remaja yang berjumlah lebih 4 juta di negara ini memberi peluang cerah kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, jika gerakan secara besar-besaran dilancarkan bagi mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

"Ini adalah peluang terbaik untuk kita memenangi pilihan raya umum akan datang, kerana jumlah yang ramai itu sudah tentu mengembalikan kekuatan untuk berdepan dengan pembangkang yang tidak kurang kuatnya," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati semalam, lapo Bernama.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang turut meluahkan kebimbangan mengenai kekuatan Umno sekiranya ada di kalangan ahli parti tidak memahami asas perjuangannya.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh yakin kepimpinan yang ada sekarang, khususnya di peringkat pusat, mampu memulihkan keadaan itu berdasarkan perubahan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Namun demikian, kita sebagai ahli Umno perlu menghayati perjuangan demi membela bangsa, agama dan negara untuk melahirkan sebuah negara yang mampu berdepan dengan sebarang cabaran.

"Kita juga perlu mengambil iktibar daripada kekalahan lima negeri yang jatuh kepada tangan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, untuk bekerja lebih kuat bagi merampas semula negeri terbabit dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Tengku Razaleigh berkata tidak ada sebab kelima-lima negeri tersebut tidak boleh ditawan semula kerana BN adalah sebuah parti yang kuat dan belum pernah tewas dengan mudah di tangan pembangkang.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :