Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkasa Mahu KDN Siasat Dakwaan Penyelewengan Khairy Di bawah Pentadbiran Abdullah

KUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen, Khairy Jamaluddin semasa pentadbiran ayah mertunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Ibrahim berkata demikian ketika ditanya Suara Keadilan mengenai gesaan Khairy supaya KDN mengambil tindakan ke atas terbitan sulung pertubuhan itu, Suara Perkasa bertajuk 'Tahan Ka Siong bawah ISA'.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy banyak melakukan penyelewengan semasa Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Kenyataan-kenyataan seumpama ini melambak dalam Suara Keadilan, Harakah, Siasah semuanya ada. Kenapa dia tak suruh KDN pergi siasat? Cuma saya nak cadangkan Kementerian Dalam Negeri siasat Khairy sebab masa bapa mertua dia jadi Perdana Menteri, banyak hal lagi dia buat dulu, saya tak nak dedahkan sekarang, cuma eloklah Kementerian Dalam Negeri pergi siasat," katanya.

Sebelum ini Khairy menafikan berlaku pergeseran di antara beliau dengan Ibrahim sebaliknya menganggap apa yang didakwa berlaku antara mereka berdua hanyalah tidak mempunyai ideologi yang sama.
"Semalam ketika saya bertembung dengan beliau (Ibrahim) di sini (Parlimen), macam-macam yang dikatakan pada saya. Tetapi saya tak ada masalah. Saya masih meneruskan dengan pendirian saya dan beliau tetap dengan pendiriannya. Kami mempunyai prinsip ideologi yang berbeza," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Persengketaan ini turut mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim yang meminta dua seteru ini berdamai demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya.

Menurut laporan media, Shahidan dilaporkan sebagai berkata turut menuntut Khairy dan juga Ibrahim agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagaimanapun, persengketaan itu juga dilihat telah menggugat imej pimpinan tertinggi kerajaan Umno-Barisan Nasional. 

"Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu," lapor Shahidan lagi.

0 Komen pengunjong :