Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Parti baru mahu tanding semua 71 kerusi di Sarawak

lambangsarawak
KUCHING: Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB), sebuah parti baru ditubuhkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak ke 10  akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Setiausaha penaja parti itu, Noh @ Mohammad Noh Bakri @ Bakeri, berkata mereka sudah mengenal pasti 71 calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka akhir tahun ini, atau paling lewat awal tahun depan.

Malah katanya, parti itu sudah bersiap sedia dari segi modal sebagai wang cengkeram untuk semua calonnya.
"Kami akan memperkenalkan semua 71 calon parti kami pada satu sidang media khas di Hotel Grand Continental di Kuching", katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti itu kecuali mengesahkan ia diketuai seorang ahli perniagaan, David Mathew, dari Lawas.
Katanya, parti itu ditubuhkan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan profesional termasuk peguam.
Noh berkata, perjuangan PERSB berbeza dengan parti lain kerana tidak menyokong parti kerajaan Barisan Nasional (BN), mahupun pakatan pembangkang.
"PERSB mempunyai landasan perjuangan tersendiri dan kita akan memperjuangkan nasib penduduk luar bandar terutama yang tidak menikmati bekalan asas elektrik, air dan tiada sumber ekonomi," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak yang dihubungi mengesahkan PERSB sudah memohon untuk didaftarkan.

- Sabahdaily

0 Komen pengunjong :