Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat Bidas Tindakan Terbaru Kerajaan Bayar RM372 Juta Untuk Projek PKFZ

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan kerajaan meluluskan satu lagi pembayaran berjumlah RM372  juta bersabit projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang , (PKFZ) yang setakat ini menelan belanja lebih RM6billion wang rakyat tanpa pulangan nyata.

Kementerian Pengangkuatan mengarahkan  Lembaga Pelabuahan Kelang supaya meluluskan pembayaran RM222.58 juta kepada kepada syarikat tujuan khas  Free Zone Capital  Bhd dan RM150 juta kepada Special Port Vehicle sebelum Ahad ini. .

Pembayaran itu dikatakan adalah untuk pemegang bon yang diterbitkan  oleh  kontraktor utama PKFZ Kuala Dimensi Sdn Bhd KDSB. 

Sejak projek itu dilancarkan,  kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah meluluskan pelbagai pembayaran kepada KDSB  selain memberi surat sokongan untuk syarikat itu mendapatkan pinjaman bank dan menerbitkan bon.

Kementerian Pengangkutan secara trdisi di terajui oleh pimpinan MCA yang dituduh  bersekongkol dengan Umno untuk membuat pembayaran-pembayaran lumayan kepada KDSB.

Pembayaran terbaru lebih RM222 juta diluluskan kepada FZCB atas keperluan membayar kepada pemegang bon projek itu, namun alasan  itu ditolak sebagai tidak logik dan rapuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan LPK dan kerajaan harus menunggu keputusan mahkamah berhubung kes tuntutan-tuntutan mencurigakan yang dibuat oleh KDSB  sebelum meluluskan sebaran bayaran lanjut.

 “Tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan ataupun LPK membayar apa-apa kepada pemegang bon. Sebarang bayaran harus di buat oleh KDSB sendiri,” kata Tony Pua, seorang pakar ekonomi dan Ahli Parlimen PJ Utara dari DAP.

“Dengan meluluskan pembayaran ini, kerajaan secara langsung menyelamatkan kroni-kroni disebalik skandal PKFZ," tegas beliau.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata Menteri Pengangkutan sekali lagi cuai menggunakan kuasa untuk mengarahkan LPK membayar RM372 juta kepada syarikat milik KDSB.

“Semua pembayaran seharusnya telah dibekukan sehingga hasil siasatan terhadap skandal itu diketahui oleh umum," tegas beliau.

Dr Dzulkifli bersetuju bahawa LPK tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada KDSB sehingga pertikaian di mahkamah selesai.

Bekas Menteri Penangkuatan Ong Tee Keat membayangkan rasa terkejut  dengan keputusan kerajaan untuk membuat satu lagi pembayaran lumayah kepada syarikat milik kepentingan KDSB.

“Kerajaan seharusnya bertanya kepada LPK  kenapa ia menangguhkan pembayaran,’  dan bukan  berkeras meluluskan pembayaran itu,”  Tee Keat dipetik berkata oleh portal Malaysian Inside

0 Komen pengunjong :