Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAC Diminta Siasat Proses Pembelian Scorpene, Misil

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) diminta mengadakan siasatan berhubung isu penyelewengan dalam proses perolehan kapal selam Scorpene dan peluru berpandu yang melibatkan kos hampir 1 bilion euro.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menghantar surat kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)d yang menunjukkan terdapat bukti penyelewengan oleh Kementerian Pertahanan ketika urusan perolehan kapal selam itu.
"Isu perolehan yang dikeluarkan oleh syarikat DCN Perancis dan Navantia Sepanyol yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 yang melibatkan kos hampir 1 bilion euro manakala Perimekar Sdn Bhd pula menawarkan perkhidmatan koordinasi dan sokongan pasukan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol yang bernilai 114.96 juta euro.
"Berhubung isu perolehan misil jenis 40 das SM-39 Block 2 dan 30 das Black Shark yang dilakukan pada 2002 bernilai 219.3 juta euro turut disyaki berlaku penyelewengan berikutan harganya yang 20% lebih tinggi daripada harga pasaran antarabangsa dan isu kelewatan penerimaan misil tersebut hingga menyebabkan latihan pelancaran misil yang dijadualkan pada bulan Mei tahun ini gagal dilakukan.
"Ini menyebabkan sehingga kini, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak beroperasi tanpa senjata menyebabkan ia gagal menjalankan tugas pengawalan," katanya dalam surat yang diserahkan kepada Pengerusi PAC itu.
Menurut Tian, pada bulan Jun lalu pihak berkuasa Perancis telah menyerbu pejabat DCN dan Kumpulan Industri Thales yang disyaki terlibat dengan pembayaran komisyen bernilai RM3.7 bilion antara kerajaan Malaysia dan syarikat DCN.
Pada 29 Jun lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen Selayang, William Leong berhubung perkara sama atas alasan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih lagi menyiasat perkara tersebut.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :