Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nik Aziz tak mahu bincang politik dengan Muhyiddin

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk berunding atas prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dan bukannya untuk tujuan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

"Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno semalam berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.

Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan Umno kerana parti itu sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi Umno tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.

- Bernama

Kembara Jr.......... Muhyiddin nak jumpa Nik Aziz kerana katanya Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu atau nak cari kekuatan Umno dengan berpaut kepada PAS. Tak sudah-sudah berbohong. Kalau dah rasa kekuatan Umno dah berkurangan dan perlukan pertolongan PAS cakap lah terang-terang. Mana tau tok guru ada formulanya tersendiri. Dah lah Muhyiddin usahlah berbohong lagi, lagipun keta kau Najib kata Umno ada kekuatan tersendiri dan tak perlukan PAS. Berbelit-belit, mana satu nak pakai dan dengar tak taulah, jadi kepada Muhyiddin tak perlulah cakap pasal PAS lagi. Buang masa. OOpppp satu lagi sebelum terlupa, PAS tu sesat baik jangan buat kerjasama. Masalah nanti..............


0 Komen pengunjong :