Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri: Tidak adil tuduh polis tidak cari Raja Petra

Hisyam KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah tidak adil menuduh pasukan keselamatan tidak berusaha mendapatkan Raja Petra Kamaruddin yang dikatakan sedang bersembunyi di London.
Katanya, polis Malaysia telah bertemu polis metropolitan United Kingdom dan agensi perisikan telah dilantik oleh Wisma Putra.

"Jadi apa yang boleh kami buat? Pergi ke negara ketiga dan menculik atau menyeludup mereka keluar seperti teroris, itu bukan cara kita," katanya di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kecewa polis tidak mencari dan menangkap Taja Petra yang sedang bersembunyi di London.
Hishamuddin berkata, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Khairy itu.
Raja Petra lari meninggalkan negara ini dan beliau menghadapi pendakwaan undang-undang berhubung dakwaannya bahawa Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor, terbabit dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Menteri Dalam Negeri itu juga tidak pasti sama ada Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan England.
Bagaimanapun, katanya pihak berkenaan dari kedua-dua negara telah mengadakan pertemuan mengenai perkara itu tetapi mengenai ekstradisi `memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak.’
Sementara itu, Musa berkata, individu yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan Raja Petra boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah.
"Sekiranya siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu tersebut menunjukkan mereka bersalah, terpulang kepada mahkamah untuk menentukan akta atau undang-undang yang sesuai dikenakan terhadap mereka," katanya.

FMT

0 Komen pengunjong :