Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khalid Samad Desak Polis, KDN Minta Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid

SHAH ALAM, 23 Julai - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengulangi tuntutannya agar pihak polis memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis di Seksyen 11, Shah Alam Mei lalu.

"Saya sekali lagi meminta agar Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri meminta maaf kepada keluarganya kerana sehingga kini, tiada sebarang tindakan oleh pihak polis. Apa salahnya memohon maaf kepada keluarga mangsa?" katanya pada sidang media di pejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat Shah Alam, hari ini.

Pertengahan Mei lalu, keluarga Aminulrasyid Amzah meminta Kementerian Dalam Negeri dan polis memohon maaf kepada keluarga mereka, terutama ibu mangsa atas kejadian itu. Keluarganya masih menuntut supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.

Khalid turut mempersoalkan sikap polis yang dianggapnya sebagai tindakan yang berbeza apabila menangani kes yang hampir serupa seperti di Negeri Sembilan, dimana Ketua Polis Negeri tersebut dengan segera meminta maaf kepada keluarga mangsa yang terkena tembakan rambang, sepertimana yang menimpa Mohd. Azizi Aziz, 17, dalam sebuah kejadian di Tampin, Mei lalu.

"Adakah kerana negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, dan Negeri Sembilan ditadbir oleh pemerintah yang berbeza, maka tindakan dan respon turut berbeza?" soalnya.

Rentetan dari kejadian tersebut, polis menahan suspek terbabit, Koperal Jenain Subi, 48 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Beliau yang berasal dari Sabah didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kematian Aminulrasyid pada 26 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini memberitahu individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian. Menurutnya, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian, anggota polis terlibat hanya menjalankan tugas. Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," katanya.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Shah alam tersebut bercadang untuk menulis surat kepada polis mengenai perkara tersebut. Dalam pada itu, beliau juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata pihaknya berharap pihak polis tidak terus mengganggu saksi utama, Mohamad Azamuddin Omar iaitu saksi utama, memandangkan dia telah banyak kali diambil keterangan.

"Azamuddin telah banyak kali diambil keterangannya. Oleh kerana terlalu kerap, maka, mungkin akan jadi keterangan yang bercanggah. Mungkin tindakan ini dilakukan untuk mengganggu dan menjejaskan kewibawaan saksi," kata Khalid.

Beliau berharap pihak polis tidak terus mengenakan tekanan dan menganggu remaja berkenaan. Azamuddin Omar, yang bersama Aminulrasyid Amzah pada malam kejadian adalah seorang pelajar, dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada hujung tahun ini.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :