Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jika degil, Suara Keadilan mungkin ditutup terus

KUALA LUMPUR: Suara Keadilan, akhbar PKR mungkin ditutup terus jika menerbitkannya tanpa permit, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini.
Bagaimanapun, katanya beliau masih menunggu nasihat dari pegawai kementeriannya sebelum tindakan lanjut.
Permit akhbar itu yang tamat 30 Jun lalu tidak diperbaharui ekoran artikel yang mendakwa Felda bankrap.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan tersebut berkata, walaupun rezab kewangannya merosot tetapi asetnya meningkat.
suarakeadilan_250_220Felda juga menyaman PKR berjumlah RM200 juta tetapi pemimpin parti itu mempertahankan laporan tersebut.
Hishammuddin mendakwa parti itu sombong dan tindakan itu melanggar undang-undang.
Dilaporkan Suara Keadilan akan tetap diterbitkan walaupun permit penerbitannya tidak diperbaharui oleh kementerian.
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata akhbar Suara Keadilan akan terus diterbitkan walaupun pembaharuan permitnya masih menjadi tanda tanya.
"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.
Menurut Tian kenyataan kementerian bahawa telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.
“Pada asasnya, tiada perkembangan. Kerajaan masih tidak memberikan kedudukan sebenar. Justeru, kita akan meneruskan penerbitan dan tidak akan memberhentikannya," katanya.

- FMT

0 Komen pengunjong :