Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hishammuddin Membisu Jumpa Pakatan Rakyat Isu Permit Akhbar

SHAH ALAM 23 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein masih lagi membisu meskipun Pakatan Rakyat telah menghantar surat rasmi untuk bertemu beliau minggu lalu berhubung isu permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, PAS dan DAP.
Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Husin Ali ketika dihubungi Suara Keadilan berkata sehingga kini tidak ada jawapan rasmi daripada Menteri mengenai tarikh pertemuan bagi mengadakan perbincangan tersebut.
"Kita dalam mesyuarat bulanan Pakatan yang diadakan di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen sebelum ini telah bersetuju untuk menemui Hishammuddin bagi berbincang mengenai isu permit Suara Keadilan, The Rocket dan Harakah tetapi belum ada sebarang jawapan.
"Bagi KEADILAN, kita akan tetap akan menerbit akhbar kita secara tidak berkala sehinggalah Menteri memberikan kelulusan permit untuk lidah rasmi, Suara Keadilan.
"KEADILAN akan meneruskan kerja seperti biasa iaitu untuk menyampai dan menyalurkan maklumat kepada ahli parti kerana sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melaporkan situasi dan perkembangan politik semasa," ujar beliau.
Menurut Dr Syed Husin, perkara tersebut akan dibangkitkan lagi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.
Pada 14 Julai lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan ketiga-tiga akhbar rasmi parti dihentikan terbitannya serta merta sehingga mendapat keputusan rasmi daripada KDN.
Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh KDN dan berharap tindakan segera boleh diambil bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.
Sementara itu, akhbar rasmi PAS telah pun diberi kelulusan permit penerbitan 17 Julai lalu dengan diberi amaran keras manakala Selasa lepas The Rocket dipanggil KDN bagi memberi keterangan berhubung surat tunjuk sebab mengenai isu pembaharuan permit dan artikel yang disiarkan akhbar itu.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :