Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Harussani: Umno, PAS memang nak bersatu

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari ini.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Bagi mencapai perpaduan, beliau berkata pemimpin yang beragama akan memahami erti perpaduan yang akan membawa ke arah kebaikan.

"Adakah agama menganjurkan kita mengamalkan sikap degil. Sifat degil merupakan satu perbuatan keji dalam agama kerana ia tidak menguntungkan rakyat. Mereka perlu sedar perkara ini," katanya.

Semasa merasmikan majlis tersebut, Harussani berkata sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

"Namun kini umat Islam bukan sahaja berbeza pendapat malah berpecah belah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran mereka," katanya.

Beliau berkata umat Islam kini, termasuk golongan akar umbi, pertengahan, pemimpin malah kumpulan agama telah tersalah menilai dan tidak tahu meletakkan keutamaan dan kepentingan mereka.

"Contohnya, bangsa lain mengutamakan pendidikan tetapi kita (umat Islam) mengutamakan hiburan. Dalam pendidikan pula, kita lebih mengutamakan akademik daripada agama Islam.

"Agama diutamakan sebagai pelajaran dan bukan sebagai didikan. Kalau dari segi pelajaran agama, orang Yahudi dan Barat sebenarnya lebih pandai mengenai agama Islam daripada kita sendiri," tegas beliau.

- Bernama

Kembara Jr .......... nak tergelak pun ada jugak bila aku dengar mufti Umno Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini. Inilah orang kata cakap tak serupa bikin. Dulu semasa krisis di Perak apakah peranan yang dimainkan beliau? Tak lain dari menyebelahi Umno. Ketika itu semua Pakatan Rakyat buat tak betul, manakala yang Umno/BN buat semuanya betul. Inikah orang yang hendak menyatupadukan orang? Kalau betul-betul dengan ikhlas kita nak menyatukan orang perwatakan kita dari awal lagi biarlah tidak menyebelah mana-mana pehak. Itu baru betul. Inikan senget sebelah, ada hati nak menyatukan orang

0 Komen pengunjong :