Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Disiplin Sekolah Merudum, Muhyiddin Sibuk Fitnah Anwar

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 10 Jul - Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran diingatkan supaya tidak membuang masa memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi tetapi sebaliknya memberi fokus terhadap masalah disiplin pelajar sekolah yang semakin serius.
Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman 6 Juali lalu berhubung 10 buah sekolah panas di sekitar bandaraya mencerminkan kegagalan Muhyiddin yang dilihat lebih banyak berpolitik daripada menyelesaikan masalah kritikal yang membelenggu kementeriannya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Kementerian Pelajaran di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri mengalami kemerosotan imej seperti yang berlaku sekarang, apatah lagi masalah disiplin berleluasa di sekolah bandar dan bukannya di daerah pendalaman.
"Jika ianya berlaku di luar bandar, mungkin kita boleh katakan menteri tidak mempunyai kesempatan untuk melawat tetapi ianya berlaku di dalam kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur dan laporan ini dikeluarkan oleh pihak polis sendiri.
"Beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani isu ini, barulah boleh menunjukkan beliau adalah juara dan sesuai dikatakan sesuai dan bakal menjadi pengganti Perdana Menteri.
"Kalau masalah pendidikan yang kecil seperti ini beliau tidak boleh atasi, mana mungkin beliau sesuai mengambilalih atau pun pewaris Perdana Menteri," tegas Azan kepada Suara Keadilan.
Menurut Azan lagi, Muhyiddin sepatutnya merasa kesal kerana gelojohnya beliau menumpukan serangan terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan hanya semata-mata untuk menunjukkan kesetiaan kepada bosnya, Datuk Seri Najib Razak yang juga kini sedang dalam keadaan tertekan akibat pendedahan akhbar rasmi parti itu mengenai penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Katanya lagi, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menggunakan strategi yang tidak menarik untuk dinilai rakyat malahan tindakannya itu akan menyebabkan beliau dilabelkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai agenda atau wawasan yang kemas sebagai bakal Perdana Menteri.
Muhammad Sabtu berkata polis telah menyenaraikan sekolah terbabit supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah.
Tahun lalu seramai 179 tangkapan dibuat membabitkan kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun hingga remaja berusia 18 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda termasuk mencuri, samun dan merusuh.
Beliau berkata, pada 2008, seramai 202 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, juga atas jenayah kekerasan dan harta benda termasuk rogol, samun dan pemerasan.
Ketua Polis Kuala Lumpur itu menjelaskan bagi kes dadah, pada tahun lalu sahaja seramai 67 pelajar, termasuk sembilan pelajar sekolah, ditahan manakala pada 2008 seramai 17 orang pelajar termasuk empat pelajar sekolah ditahan sementara pada 2007 seramai 13 orang pelajar ditahan.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :