Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Charles Cabar Umno-BN Saman Barry Wain

KUALA LUMPUR 10 Julai - Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menyaman Barry Wain, pengarang buku 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times', sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati buku tersebut tidak mengandungi unsur perlakuan rasuah.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan beliau berhubung pendirian kerajaan berhubung dakwaan pengarang buku kontroversial itu yang mengatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab ke atas kerugian kewangan dan 'write-off' berjumlah RM100 bilion semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahunm Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak ada elemen rasuah berlaku dan kerajaan tidak bercadang menjalankan siasatan kerana tidak ada asas berlakunya kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
"Sekarang timbul dua isu di mana kerajaan tidak menafikan RM100 bilion yang dibelanjakan mantan Perdana Menteri dan kalau benar penyiasatan telah dijalankan terhadap Dr Mahathir, kita ingin tahu sama ada rumusan hasil siasatan itu untuk pengetahuan rakyat secara amnya.
"Kalau kerajaan benar-benar telus untuk membanteras rasuah habis-habisan kita minta SPRM dan menteri bertanggungjawab memberitahu rakyat Malaysia hasil kandungan siasatan itu dan mengapa SPRM berpendapat tidak ada unsur-unsur rasuah dalam isu ini," kata beliau pada sidang media di parlimen Khamis lalu.
Menurut Charles, buku tersebut menjelaskan bahawa memang terdapat unsur rasuah dan salahguna kuasa oleh Dr Mahathir.
Dalam pada itu beliau menegaskan sekiranya kerajaan berpendapat tidak ada unsur rasuah maka sepatutnya ia menyaman Barry Wain kerana membuat tuduhan berniat jahat terhadap Dr Mahathir dan demi menjaga nama baik mantan Perdana Menteri itu.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :