Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Slogan ‘Melayu Cemerlang’ Dongeng Terbaru Umno

SHAH ALAM 22 Jun - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menganggap slogan Umno ‘Hidup Melayu’ yang dicadangkan diubah kepada ‘Melayu Cemerlang’ merupakan satu lagi dongengan terbaru Umno untuk mengaburi bangsa Melayu.

Setelah 50 tahun slogan itu digunakan yang hanya menyaksikan Melayu tinggal nama sahaja kini Umno membuat percubaan untuk mengembalikan sokongan yang semakin terhakis dan ditolak rakyat.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam kenyataannya hari ini AMK Selangor mengajak rakyat agar menyorot kembali pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu dan negara yang telah banyak menggadai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

"Kegagalan Umno mengangkat martabat bangsa Melayu serta Islam selama 50 tahun ini wajar membuka mata rakyat keseluruhannya.

"AMK Selangor juga mempertikaikan dasar dan polisi yang dibawa oleh pimpinan Umno mutakhir kini yang semakin menghakis identiti bangsa Melayu dan Islam. Kegagalan menangani rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat telah menodai perjuangan tulen untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Justeru, Umno perlu hentikan segala gimik dan retorik politik dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada rupa," kata Mohd Ezli.

Tambah beliau, jika sebelum ini Umno dengan slogan ‘Juara Rakyat’, namun apa yang pasti rakyat terus dibebani dengan kenaikan barang dan perkhidmatan, penarikan subsidi, liberalisasi ala penjajahan asing dan kehilangan aset penting negara kepada negara luar.

"Kita yakin rakyat semakin bijak untuk menilai slogan dan retorik politik Umno yang kini meniti reput dan luput. Rakyat tidak mudah termakan dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada realiti semasa," tegasnya lagi.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :