Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rosnah: Tiada Pergeseran Dalam Puteri Umno

Dakwaan berlakunya pergeseran dalam Puteri Umno, terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan pergerakan itu, kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid.

Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau yakin ia adalah satu spekulasi yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin Puteri.

Rosnah memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri Umno bahagian Kulim Bandar Baharu di Kulim semalam.

Beliau yang juga timbalan menteri kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian, lebih-lebih lagi di Kedah, tiada menghadapi sebarang masalah.

Rosnah juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak yang mempunyai agenda peribadi.

Sehubungan itu, beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.

- Bernama


Kembara Jr.......... biasanya kalau Umno/BN ni kita kena baca terbalik, kalau tiada pergeseran dalam puteri Umno tu kita kena baca ada pergeseran dalam puteri Umno. Kebiasaannya begitulah, jadi bermakna dalam puteri Umno sekarang ada masalahlah tu...............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :