Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pelantikan Azmin Tiada Agenda Tersembunyi - Kata Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar berkata pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat.

"Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta.

Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu.

"Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan pada mana-mana peringkat bagi menyuarakan permintaan itu, jika ada tindakan untuk mengetepikan (Abdul) Khalid ia perlu melalui saya terlebih dahulu kerana saya mempunyai pengaruh mengenai perkara itu, tetapi isu ini tidak pernah timbul," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata perancangan baru itu akan lebih efektif bagi Selangor dan beliau menyokong Abdul Khalid sebagai MB.

"Perhubungan kami adalah baik, tiada masalah. Saya bekerjasama erat dengan Tan Sri (Abdul) Khalid. Pendirian saya kekal bahawa beliau perlu terus kekal sebagai Menteri Besar dan saya akan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri (Abdul) Khalid," katanya.

Mohamed Azmin turut menghormati pelantikan Zaid sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

"Saya fikir beliau merupakan pemimpin yang layak menerajui Wilayah (Persekutuan)," katanya.

- Bernama

0 Komen pengunjong :