Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Americk: SPRM benar Bala ditemani peguam 5 Julai

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Detektif persendirian P Balasubramaniam dipercayai akan dibenar ditemani peguamnya ketika diambil keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London awal minggu depan berhubung dakwaan maklumat terbaru berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Dalam surat yang dihantar kepada pegawai penyiasat kes Balasubramaniam, peguam detektif persendirian itu Americk Sidhu berkata, beliau difahamkan SPRM telah bersetuju untuk membawa bersama peguamnya.
Salinan surat yang dihantar kepada pegawai penyiasat SPRM Penguasa Abdul Rahman Bachok turut dipanjangkan kepada The Malaysian Insider.
Dalam surat itu Americk mendakwa walaupun pegawai berkenaan sebelum ini menyebut yang peguam Balasubramaniam tidak akan dibenar hadir bersama, tetapi pegawai kanan suruhanjaya telah memberi “lampu hijau” membenarkan peguam pilihan dibawa bersma.
Americk berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehnya SPRM akan membenarkan seorang peguam mengiringi Balasubramaniam pada sesi diambil keterangan kelak.
“Anda (Abdul Rahman) membayangkan dalam surat bertarikh 21 Jun lalu bahawa protokol SPRM tidak membenarkan kehadiran peguam ketika pegawai SPRM mengambil keterangan daripada saksi.
“Kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak bersetuju dengan pandangan anda memandangkan pelanggan saya mempunyai hak di bawah perlembagaan untuk memiliki seorang peguam pilihannya ketika diambil keterangan dan ini akan mengatasi apa jua protokol yang pejabat anda amalkan,” katanya.
Selain itu kata Americk, pihaknya juga gembira dengan maklumat terbaru ekoran jaminan Pengarah Siasatan Mustafar Ali, sebagaimana disiarkan dalam media baru-baru ini bahawa seorang peguam akan dibenarkan pada 5 Julai ini.
“Oleh itu kami akan menunggu kehadiran anda (SPRM) di London pada 5 Julai ini,” kata Americk dalam surat itu.
Oleh itu kataya, Balasubramaniam akan membawa kesemua dokumen berkaitan untuk tujuan memberi keterangan kepada SPRM pada tarikh berkenaan.
Kelmarin Americk memberitahu The Malaysian Insider bahawa SPRM akan menemui Balasubramaniam minggu pertama bulan depan, tetapi sama sekali tidak membenarkan peguamnya hadir sama.
SPRM akan menemui Balasubramaniam di London pada 5 Julai ini.
Americk berkata, pihaknya kini di peringkat akhir perundingan dengan SPRM.
“Semua sudah dibincangkan kecuali SPRM tidak mahu membenarkan peguam kami untuk hadir sama apabila mereka menemu bual subjek (Balasubramaniam).
“Kami tidak bersetuju dengan ini, dan kami akan mengetahui hasilnya minggu depan,” kata Americk lagi.-TMI

0 Komen pengunjong :