
"UPSR diperkenalkan berdasarkan pandangan pakar kerana mereka menyedari ia pentingan untuk menilai pemikiran pelajar selepas tempoh tertentu.
"Sekiranya UPSR dimansuhkan, pelajar tidak mempunyai inisiatif untuk belajar dan akan menjadi seperti mesin, manakala guru pula tidak akan mempunyai atau mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi penilaian itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, pada 20 Jun lepas bahawa kementerian mencadangkan UPSR dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.
Samy Vellu berkata Malaysia tidak harus mencontohi sistem pendidikan di negara-negara lain sebaliknya harus mempunyai standardnya sendiri.
- Bernama
0 Komen pengunjong :