Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khalid: Laporan 15 MP Desak Saya Undur Hanya Spekulasi

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid hari ini menyifatkan laporan bahawa terdapat pakatan 15 anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendesak beliau melepaskan jawatannya, hanya satu spekulasi.
“Saya tidak menerima apa-apa daripada delegasi terbabit, jadi itu boleh jadi spekulasi sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Sungai Yu di sini.
Laporan media menyebut kesemua anggota Parlimen PKR itu mahu Abdul Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Difahamkan, kumpulan sama juga akan menyampaikan cadangan itu kepada kepimpinan PKR semasa pemukiman parti itu di Shah Alam hujung minggu ini.
Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Abdul Khalid berkata, “Saya akan terima dan baca”.
Mengulas mengenai kemungkinan pakatan itu berupaya merombak kepimpinan PKR pada pemilihan parti hujung tahun ini, beliau berkata, “Saya tidak tahu.”

– Bernama

0 Komen pengunjong :