Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kecam Zionis : Perdana Menteri Bukan Juara

Di dalam keghairahan rakyat negara ini membantah kekejaman rejim zionis Israel dan kehebatan 12 orang sukarelawan negara dalam misi kemanusiaan Gaza yang ditahan oleh tentera negara itu, jangan pula Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai juara. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sikap mengambil kesempatan dengan peristiwa besar itu, jangan pula rakyat lupa bahawa negara sedang berhadapan dengan kemelut lesen perjudian yang akan menghancurkan moral masyarakat.

Katanya, sikap pemimpin Umno BN yang seolah-olah memekakkan telinga dengan bantahan pelbagai pihak, nampaknya tidak banyak berbeza dengan sikap Israel yang memekakkan telinga dengan bantahan di seluruh dunia terhadap kekejamannya.“Apakah ini kaedah yang dinasihati oleh APCO kepada pihak kerajaan?” tanya beliau.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar dalam keghairahan menyokong usul di Parlimen bagi menyokong usul yang dibawa Najib yang mengecam zionis, jangan lupa bahawa negara baru kehilangan Blok L dan M kepada Brunei. Katanya, kehilangan dua blok kawasan minyak itu memerlukan penjelasan terbuka kerajaan bagaimana kawasan yang sangat bernilai boleh diserah begitu sahaja dan apa pula yang terjadi dengan tanah KTM di Singapura. Rakyat, ujarnya perlu tahu dan kerajaan jangan cuba menutup isu besar itu dengan mengambil kesempatan di atas kemarahan rakyat kepada Yahudi laknatullah.

Tegasnya, PAS menyokong sebarang tindakan kecaman dan usaha mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sementara negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel mesti memutuskan segera termasuk Turki.
“Semua tindakan biadap Israel mesti ditentang. Tapi jangan keghairahan kita membantah sehinga lupa apa sebenarnya sedang berlaku dalam negara yang cuba ditutup oleh kerajaan Umno BN,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyentuh tindakan Tan Sri Vincent Tan yang memiliki syarikat perjudian mahu menyerahkan RM525 juta kepada kerajaan.
“Apakah ini merupakan habuan yang dijanjikan sehingga kerajaan sanggup menganugerahkan lesen perjudian tersebut walau pun mendapat bantahan dari pelbagai pihak.
“Apakah ini elemen rasuah yang dijanjikan oleh syarikat tersebut bagi mendapat lesen besar mengaut keuntungan hasil pertaruhan judi itu,” tanya beliau.
Menurutnya, jika itulah asas yang kerajaan BN fakir, bagaimana nanti kalau syarikat pengurusan pelacuran pula memohon lesen dan sanggup memberikan sumbangan kepada kerajaan yang jauh lebih besar daripada jumlah itu.
“Apakah ianya juga akan diluluskan oleh kerajaan,” soalnya lagi.

Tambahnya, ternyata dalam kesempitan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan sebelum bankrap pada tahun 2019, kerajaan BN akan melakukan apa sahaja tanpa mengira adakah halal dan baik untuk rakyat atau haram yang mengundang kehancuran moral rakyat.

Apa yang malang bagi umat Islam negara ini, katanya ialah pengisytiharan pengurniaan lesen judi dilakukan oleh orang Islam, manakala yang mengisytiharkan tidak membenarkan premis judi pula ialah Lim Guan Eng yang bukan Islam. “Ini juga agaknya antara tanda-tanda kiamat,” katanya.

Sumber : Harakahdaily

0 Komen pengunjong :