Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hishammuddin Isytihar Perang Terhadap Pembangkang

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan "perang habis-habisan" terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita kena buktikan UMNO sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat," tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini.

Beliau mahu supaya mereka tidak bersikap seperti katak bawah tempurung yang hanya memperjuangkan ruang litup mereka sahaja, sebaliknya mengambil kira orang di luar parti.

Menurutnya tiada gunanya mereka jadi jaguh dalam parti tetapi masyarakat luar menolak perjuangan parti.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, kekalahan calon-calon BN dalam pilihan raya umum lalu bukan kerana UMNO lemah tetapi kerana masalah dalam parti sendiri.

"Pembangkang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu hingga kita kehilangan empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

- Bernama


Kembara Jr.......... Hishamuddin kata kekalahan Umno/BN dalam PRU lepas ialah kerana masalah dalaman parti sendiri bukan kerana Umno/BN itu lemah. Pembangkang kemudian ambil kesempatan atas kelemahan tersebut.
Kah! kah! kah! Mat ni sorang masih tak mahu mengaku lagi  Umno/BN dah lemah dan rakyat telah menolak Umno/BN. Aku ingat Pak Lah je yang tidor, rupanya mamat ni pun tidor jugak. Tak sedar lagi rakyat dah tolak parti yang dia sertainya. Dah tak ada uuummmppphhhhhh

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :