Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Datuk Sri Anwar Bantah Pemotongan Subsidi

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang nasib rakyat Malaysia, ekoran masalah ekonomi negara dan sistem pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak adil. Beliau tidak bersetuju sama sekali rancangan kerajaan pusat untuk menghapuskan subsidi yang diberikan kepada rakyat, kononnya untuk menyelamatkan negara daripada muflis.

Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, meliputi pelbagai sumber pendapatan bagaimanapun  tergugat dengan gejala rasuah yang semakin berleluasa di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. "Malaysia mempunyai minyak dan gas, eksport kelapa sawit, kilang-kilang dan sebagainya, tetapi Malaysia dirosak oleh rasuah dan pengurusan ekonomi yang sangat lemah.

"Idris Jala berkata pengeluaran subsidi terlalu banyak, dan saya menjawab hapuskan rasuah dahulu. Mereka biarkan saham, kontrak, tanah diambil tanpa tender, siapa yang dapat? Kroni dan keluarga? Tolak rasuah. Kalau tak boleh, tolak ketua Umno yang merosakkan negara kita," tambah beliau lagi. Anwar menjelaskan, negara telah mengalami kerugian sebanyak 21 bilion ringgit kerana kos melampau ke atas sesuatu projek, selain mengalami kerugian untuk membaik pulih dan menyelenggara bangunan yang berkualiti rendah.

Ini termasuk bumbung stadium yang runtuh di Terengganu baru-baru ini yang menyebabkan kos baik pulih mencapai jutaan ringgit. Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan berusaha membela nasib rakyat dan tindakan menarik balik subsidi seharusnya dikenakan ke atas syarikat-syarikat besar dan kroni kerajaan yang kaya raya.


Kembara Jr.......... Mengapakah perlu dipotong subsidi yang seharusnya dinikmati oleh rakyat selama ini sedangkan banyak lagi cara lain dapat dilakukan demi mengatasi negara daripada muflis. Masih belum puaskah untuk menzalimi rakyat? sebagai rakyat mereka berhak menikmati semuanya ini. Jika subsidi yang menjadi punca, potonglah subsidi keatas syarikat-syarikat besar terlebeh dahulu. Kan adil tu !!!

Kalau ya pun nak selamatkan ekonomi negara mengapa tidak menjuruskan kepada menghapus rasuah yang berleluasa, menghapuskan kos sesuatu projek yang harganya melebehi harga sebenar dan elakkan daripada kroni-kroni atau saudara mara mendapatkan projek besar. Ini lebeh berkesan daripada melakukan sesuatu  yang kesanya terpikul keatas rakyat.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :