Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bala Tolak Syarat SPRM Tidak Benarkan Peguam Pada Sesi Soal Siasat

SHAH ALAM 28 Jun - Americk Sidhu, peguam kepada penyiasat persendirian, P Subramaniam berkata beliau menolak syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak membenarkan kehadiran peguam semasa sesi soal siasat yang dicadangkan SPRM di London bulan depan. Dalam satu emel yang dihantar kepada Suara Keadilan,Americk berkata pegawai penyiasat SPRM, Abdul Rahman Bachok memberitahu beliau melalui surat bertarikh 21 Jun 2010 bahawa agensi tersebut tidak membenarkan kliennya membawa peguam ketika memberi keterangan.
"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ini kerana klien saya mempunyai hak seperti mana yang ditetapkan Perlembagaan untuk mempunyai peguam ketika disoal siasat dan hak ini mengatasai mana-mana protokol yang dirumus oleh pihak SPRM.
"Walau bagaimanapun Pengarah Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali akhirnya telah berbesar hati untuk membenarkan kehadiran peguam semasa soal siasat seperti yang dilaporkan dalam artikelThe Star bertarikh 26 Jun 2010," kata Americk.
Menurut Americk Bala dijadualkan memberi keterangan pasukan penyiasat SPRM di Holiday Villas, Leinster Gardens, Bayswater, London pada 5 Julai depan pukul 10.00 pagi.
"Kami juga ingin memaklumkan bahawa Bala akan membawa bersama beliau semua dokumen berkaitan yang kena mengena dengan kes siasatan," jelas beliau lagi dalam emel.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :