Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ibrahim gembira dapat ‘anugerah’ berganda Khairy

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menganggap dirinya sebagai “jaguh kampung yang berani” sekarang ekoran label terbaru ‘gedebe politik’ diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam.
“Selepas dianugerah jaguh kampung dapat pula anugerah gedebe politik... selang sehari dapat dua anugerah.
“Gedebe dalam loghat Kelantan bermakna berani dan tak pernah takut.
“Jadi kini saya jaguh kampung yang berani,” kata Ibrahim, anak kelahiran Kelantan dalam respons terbaru terhadap Khairy hari ini.
Kedua-dua ahli Parlimen ini terlibat dalam ‘perang respons’ berhubung isu biasiswa selepas Khairy selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong minggu lalu.
Ibrahim, wakil rakyat Bebas Pasir Mas berkata, yang membezakan beliau dengan Khiary ialah pemimpin Umno itu “syok sendiri dengan diramal masa depannya muram” dalam politik.
“Orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri dan malah tidak malu pada diri sendiri... ringkasnya Khairy pemimpin muda yang cacar marba,” kata beliau sambil mendakwa gedebe dan cacar marba amat berbeza maksud.
Semalam, Khairy menganggap Presiden Perkasa itu sebagai ‘gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
Kelmarin, Ibrahim ulang mempertikai kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Khairy menegaskan Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

- Malaysia Insider

0 Komen pengunjong :