Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ahli Parlimen Bebas Bentuk Konsensus Bebas Di Parlimen

Lima bekas Ahli Parlimen Bebas, yang keluar Parti Keadilan Rakyat sejak awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembentukan Konsensus Bebas di Dewan Rakyat.

Kelima-lima wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka berkata konsensus itu akan berperanan sebagai “blok ketiga” untuk menawarkan suara yang berkesan di Parlimen.

Seorang lagi wakil rakyat Bebas ialah Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim, Presiden Perkasa dari awal tidak bersetuju dengan pembentukan blok wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata konsensus berkenaan akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang mengutamakan rakyat selain membawa isu-isu rakyat dan negara dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulen dan jujur.

Ditanya sekiranya konsensus berkenaan akan turut dianggotai wakil rakyat Bebas lain Ibrahim, Zahrain berkata: “Kita belum bincang lagi dengan beliau (Ibrahim) tetapi kami mengalu-alukan semua anggota Bebas untuk menganggotai konsensus ini.

“Kami juga akan memaklumkan Parlimen mengenai penubuhan konsensus ini selain akan menubuhkan sekretariat dan laman web kami sendiri,” katanya.

Zahrain berkata, Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan non-partisan selain menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasar-dasar politik sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik,” kata Zahrain yang mewakili empat anggota lain pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata untuk menjadi Ahli Parlimen yang berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi kepada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.



Kembara Jr......... Buatlah apa-apa  yang kau orang rasa patut wahai si katak-katak sebelum kamu jatuh di Pilihan Raya Umun ke 13 nanti. Namunapa jua kamu buat rakyat sudah tidak menaroh harapan kepada kamu lagi. 

Hari ini kamu mengumunkan pembentukan Konsensus Bebas di Dewan Rakyat, kononnya yang kamu tu ahli parlimen bebas yang tidak memihak mana-mana parti. Rakyat Malaysia bukannya bodoh-bodoh sekarang ini malah ada yang lebeh cerdik daripada kamu, jadi tak usah nak klenton rakyatlah. 


Rakyat belum buta lagi, mereka boleh lihat dengan siapa kamu berdamping dan dengan siapa kamu dibawa kesana kemari bila ada sesuatu program. Apakah itu dinamakan ahli bebas. Lu pikirrrrr lah sendiri......


Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :