
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom dan dua syarikat akhbar, iaitu Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd dan Agenda Daily.Com Sdn Bhd
Hasan Ali selaku plaitif memfailkan saman itu pada pukul 12.30 tengah hari hari ini, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Nazri Saad Associates.
Selain ganti rugi pampasan yang bernilai RM20 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan mahkamah, faedah, kos serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai.
Plaitif yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan defendan turut memohon injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada melafazkan atau menerbitkan kata-kata yang memfitnahnya.
Pada penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya dengan niat jahat yang mencetuskan kebencian dan merendahkan taraf plaitif pada pandangan umum.
Plaintif turut mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat memperkecilkan kedudukan plaintif, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ahli Dewan Undangan Gombak Setia.
Penyataan defendan juga didakwa plaintif membawa maksud beliau menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik. - Mstar
Kembara Jr......... Kalau betul-betul YB dah difitnahkan patut dah saman tu dibuat, sekurang-kurangnya nanti mahkamah boleh membersehkan nama YB yang tercemar kerana kerja terkutuk musuh-musuh polittik YB tu. Kerja puak-puak ni tak de lain, menfitnahkan orang untuk menjatuhkannya. Jadi jangan biarkan mereka cuba menjatuhkan YB dengan cara mereka itu.
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :