Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Terkini : Heboh MP Kapar Akan Keluar Parti


Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sekali lagi menafikan khabar angin yang beliau akan mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat petang ini.

Ketika dihubunginya beliau menafikan sekerasnya berita tersebut dan menyifatkan sebagai khabar angin. Beliau akan tetap bersama PKR walau apa pun berlaku ke atasnya sama ada beliau dikenakan tindakan disiplin ataupun apa jua keputusan Selcat nanti.

Ditanya dakwaan bahawa beliau akan menghadiri sidang media di Shah Alam petang ini, Manikavasagam menegaskan, beliau tidak tahu apa-apa mengenainya kerana beliau baru balik dari menemui penduduk kawasannya dan beliau tidak tahu siapa yang menyebarkan maklumat itu

Kata Manikavasagam lagi, beliau bukan pengecut, beliau tidak akan lari dari tanggungjawabnya bersama PKR dan semuanya telah beliau maklumkan pendiriannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagipun ini bukan kali pertama beliau disebut-sebut akan keluar PKR.

Semalam beliau menerima notis menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Kembara Jr ..... Ketika ini ada dua cerita tamil sedang melakukan pengambaran, satu dari pengeluar Pakatan Rakyat dan satu lagi pengeluarnya BN. Kedua-dua cerita ini mempunyai jalan berbeza, yang dari BN ahli-ahlinya mahu ketuanya berhenti secepat mungkin manakala dari pakatan pula kata dia tak mahu jadi katak tapi orang lain pukul canang kata dia nak melompat.

Apa-apa pu sama-samalah kita tengok apakah kesudahan kedua-dua cerita ini.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :