Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lompat Parti : Kepastiannya Malam Ini

Setelah beberapa lama berteka teki dan bermacam-macam dakwaan dan penjelasan dibuat, malam ini akan menyaksikan samada dakwaan dan penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S.Manikumar, Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam )dan, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) akan isytihar keluar parti atau sebaliknya akan diadakan dipentas ceramah PAS di Batu 9, Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Walaupun dikatakan masih  akan ada lagi kejutan pada salah seorang daripada Adun tersebut, rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) khususnya dari negeri Kedah sudah pasti ingin mendapat kebenarannya.

Sebelum ini desas-desus isu tersebut membawa kepada berita pembubaran Dun Kedah, sehingga keempat-empat Adun yang dikaitkan tersebut perlu membuat penafian.

Namun begitu Kerajaan Negeri Kedah melalui platform PAS telah menyediakan pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat dengan menjemput keempat-empat Adun terlibat bersama-sama dengan Pengerusi PKR Negeri Kedah, Ahmad Kassim untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika menemui Adun-Adun tersebut baru-baru ini di Alor Setar, turut mendapat pengakuan sebenar bahawa tidak akan berlaku lompat parti dikalangan Adun-Adun tersebut.

Isu tersebut katanya hanyalah sengaja diputarbelitkan oleh Umno dan BN bagi mengeruhkan suasana semata-mata bagi merampas kembali kerajaan Negeri Kedah yang kini dipimpin oleh PR.

Kembara Jr ..... Malam ini akan menjadi penentu samada benar atau tidak dakwaan yang dimainkan oleh musuh Pakatan Rakyat, juga benar atau tidak pengakuan yang di buat ahli Pakatan Rakyat sebelum ini. Juga berjaya atau tidak Umno/BN melihat Pakatan Tumbang dan berjaya merampas kembali Kedah. Begitu juga adakah Pakatan Negeri Kedah akan lumpuh gara-gara perbuatan ahli-ahli yang di war-warkan itu. Apa pun kita tunggu malam ini.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :