Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam menafikan beliau bekerjasama dengan V Mugilan menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Kuil Sri Subramaniar di Serdang, beliau berkata, tuduhan ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC S Vell Pari yang juga anak Samy Vellu dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini bahawa mereka bekerjasama adalah berniat jahat. Sejak berkecimpung dalam arena politik beliau tidak pernah menikam orang dari belakang. Beliau sedang berbincang dengan peguamnya kemungkinan menyaman Vell Pari.
Subramaniam yakin usaha Mugilan menubuhkan GAS mendesak Samy Vellu berundur akan mendapat sokongan daripada akar umbi MIC di seluruh negara. Beliau juga mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden. Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC kata Subramaniam.
Kembara Jr..... Nampaknya drama Tamil ini makin panas. Tak nampak lagi bila penghujungnya. Hari ini si anak bagi pehak bapa menuduh bekas Timbalan Presiden MIC pulak bersengkokol dengan Mugilan tubuh GAS untuk jatuhkan ayahnya tapi dinafikan oleh Subramaniam.
Ayooooo Samy, awak sudah lama jadi presiden. Kalu tarak mau MIC gaduh punya aku fikir ada baik awak berhenti kalu. Kasi lain orang jadi presiden. Gerenti punya MIC pun aman jugak.
.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
0 Komen pengunjong :