Media UMNO Banyak LapuranTidak Benar

Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Lim Soo Nee kesal dengan media milik Umno-BN yang sanggup mensensasikan isu lompat parti untuk mengugat kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah walaupun berita tersebut tidak benar. Sebagai pengamal media yang bertanggungjawab, adalah amat mustahak media ini melaporkan fakta dan kebenaran dalam sesuatu isu.


Beliau adalah salah seorang dilapur akan melompat parti, bagaimana pun beliau menafikan sekeras-kerasnya segala dakwaan dan tohmohan tersebut. Ini semua adalah mainan politik media Umno-BN yang ingin melemahkan perpaduan antara rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat Kedah,

Lim Soo Nee semasa memberi penjelasan dalam isu lompat parti di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut semalam, berikrar dengan tegasnya bahawa dia  tidak akan melepaskan jawatan sebagai ADUN Kulim dan mewakili KEADILAN bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kembara Jr ..... Itu lah dia tugas media Umno/BN ni, tak ada lain buat pembohongan atas sesuatu issue agar rakyat terpedaya dalam menjayakan cita-cita Umno/BN.

Kepada media-media tersebut aku nak ingatkan sikit, dulu semasa tak ada alternative lain boleh lah kamu nak tipu. Sekarang rakyat Malaysia dah pandai, dah cerdik. Mereka guna internete cari berita. Mereka banding berita yang kau reka cipta dengan apa yang dia baca melalui internete. Nyatalah lapuran kau tu menipu dan membodek Umno/BN saja. Jadi jangan marahlah kalau semua tak baca cerita palsu kau tu yaaaa !!!!

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :