Fauziah Salleh : Sebulan Notis Jika Nak Keluar

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, semua ahli-ahli PKR yang tidak berpuas hati supaya meninggalkan parti itu dalam tempoh sebulan tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian. Notis lisan sudah memadai dan tepat pada masanya berdasarkan perkembangan terkini rangkaian beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan parti terutama semasa pilihan raya-pilihan raya kecil.

Fauziah berkata ini menunjukkan ketidakikhlasan kerana keluar parti ketika ada pilihan raya kecil kerana  perbuatan demikian akan menjejaskan strategi parti. Sebaliknya kalau ikhlas mereka tidak akan meninggalkan parti semasa pilihan raya malahan akan keluar secara senyap tanpa  membuat sebarang kenyataan yang memburukkan parti.

Tegas Fauziah lagi, ada di antara mereka menyertai PKR bukan untuk memastikan negara ini berubah kearah kebaikkan untuk generasi akan datang tetapi menyertainya kerana ada sebab, ada yang marah kepada BN, ada yang mempunyai kepentingan peribadi untuk projek-projek tertetnu malah ada juga kerana bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi bila mereka menghadapi masalah kecil dan ditawarkan ganjaran oleh sesetengan pihak , mereka jadi tak waras lalu keluar.

Sehingga kini PKR kehilangan lima orang Ahli Parlimen dan empat ADUN sejak pilihan raya umum 2008.

Kembara Jr ..... Betul juga saranan yang diberikan oleh Penngarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh tu, dah kalau betul-betul ada yang tak puas hati tu keluar lah, jangan tunggu bila ada pilihan raya kecil baru nak keluar. Perbuatan begini akan menyusahkan parti dalam menyusun strategi untuk berkempen.

Cuma yang dapat aku katakan disini ialah yang keluar bila ada pilihan raya tu bukan saja-saja dia keluar. Keluar ada makna. Ada makna lahhh  tuuu, sambil menyelam minum air.

Semoga PKR berhati-hati terhadap musang berbulu ayam yang masih berada dalam parti yang menunggu masa untuk menjatuhkan parti. Disamping itu berhati-hati lah dalam memileh orang yang menawarkan diri untuk menjadi ahli. Semoga PKR akan menjadi parti yang kuat dan tegoh satu hari nanti.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :