Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

4 Adun Tetap Dengan Pakatan Rakyat - Umno/BN Gigit Gusi

BN Negeri Kedah untuk sementara waktu ini simpanlah hasrat nak memerintah Negeri Kedah, jadilah pembangkang.Berilah Pakatan Rakyat memerintah dan jangan cuba jadi pengacau. Bagi yang dah pasang angan-angan nak jadi Menteri besar atau pun ahli exco pun sama, tunggulah sampai PRU 13 nanti. Tak kan tak boleh sabar, itu pun kalau rakyat mahukan kalau tak, buang terus angan-angan.

Itulah yang dapat diperkatakan. Ceramah malam semalam di Kompleks PAS Kedah, KM13 Jalan Alor Setar Sungai Petani menceritakan segala-galanya iaitu pengakuan dan kata putus dalam isu keluar parti di Kedah. Semua 4 Adun PR menyatakan kesetian mereka kepada PR di hadapan orang ramai. Mereka tidak akan keluar parti dan akan bersama Pakatan Rakyat.

Berdasarkan pengakuan dan janji-janji yang dilafazkan,PR Kedah teruskanlah memerintah dengan melaksanakan pembangunan dan kebajikan. Perlaksanakan yang mesti dilakukan ialah antaranya sebagaimana kata Menteri Besar semalam iaitu pembinaan rumah kos rendah besar-besaran untuk menyediakan kediaman kepada 23,000 ribu keluarga yang memohon rumah kos rendah.Projek yang dinamakan SULIHH itu akan bermula September nanti.

Kembara Jr ….. Sudah terang lagi bersuloh, semua Wakil-wakil Pakatan yang diwar-warkan akan melompat parti semuanya akan tetap setia bersama Pakatan. Satu tamparan hebat buat Umno/BN, usaha supaya Kedah tumbang tidak berhasil. Buat Umno/BN cukuplah kacau negeri orang. Kalau betul gentleman tunggulah pru 13 nanti yang dah tak berapa lama lagi. Tak kan tak boleh tunggu.............. Jadi, Semoga Umno/BN Kedah, terimalah hakikat sebagai pembangkang di Kedah. PR dah 51 tahun jadi pembangkang di Kedah. Mereka boleh sabar pun. Tak kan Umno/BN tak boleh........
.
Jelas, kerajaan PR Kedah kukuh dan utuh, tidak goyah sebagaimana yang diwar-warkan. Pembawa cerita Kedah akan tumbang macam Perak hanyalah beberapa katak bedebah itu. Moga katak-katak ini malu dengan perbuatannya sendiri. Ingatlah sesiapa yang cuba meruntuhkan rumah tangga orang, satu hari nanti rumah tangga kita pula akan diruntuh orang. Ingatlah wahai katak-katak budiman.

.....Lawannn…..Tetapppppp…..Lawannnnnnnnn…..

0 Komen pengunjong :